Wednesday, 24 August 2011

NAK MARAH KEW????

  adusz..malam-malam ginie tak leh tido lah plak...nie nak marah nie...eeee...marah?korang tahu kan marah uh apew...erm ape kita rungkai kan sedetik bab nie..heheheh...






RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”

Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan. Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.Ada lima kategori marah iaitu

1)Cepat marah atau marah tidak bertempat,
2)Marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat),
3)Marah sederhana,
4)Tidak tahu marah
5)Marah keterlaluan.


Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu

-Rasa bangga diri,
-Takjub kepada peribadi sendiri,
-Berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas,
-Bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.

Lima lagi puncanya ialah

-Gemar berbantah dalam sesuatu perkara,
-Khianat,
-Tamak kepada harta juga pangkat,
-Gagal mengendalikan nafsu
-Emosi serta hasad dengki selain iri hati.


Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.
Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’.

Kadangkala orang ramai boleh menilai bahawa individu berkaitan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki, sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah SWT. Inilah marah yang dikeji.

Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.

Contoh marah pertengahan berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.
Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.

Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.Wallahualam




Apakah itu marah?


Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal


Apa yang berlaku apabila anda marah?


Degupan jantung meningkat
Tekanan darah meningkat
Pernafasan menjadi cepat dan pendek
Mengalami ketegangan otot-otot
Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas


Bagaimana perasaan marah timbul?


Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda. Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam. Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan atau teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.


Kenapa anda merasa marah?


Anda terasa marah apabila tidak dapat mengawal atau menggubah sesuatu yang anda benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana. Tuntutan atau permintaan di luar batas kemampuan anda untuk melaksanakannya akan mencetus keadaan marah yang lebih teruk. Contoh: Hadir lewat ke sekolah sudah amat meresahkan dan membimbangkan, apatah lagi terkandas di dalam kesesakan jalan raya yang menyebabkan kelewatan hadir di sekolah akan menambahkan lagi tahap kemarahan. Memburukkan lagi keadaan, bayangkanlah anda terlewat untuk menduduki peperiksaan. Bagaimana cara anda menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah anda. Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif dan tidak rasional.


Apakah kebiasaan punca kemarahan?


Dicederakan
Ditipu
Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan
Terbiar tanpa diendahkan
Hilang upaya mengawal
Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan


Adakah satu kebiasaan bila dilanda perasaan marah?


Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Di kala menghadapi ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri. Oleh yang demikian perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi untuk kebaikan diri sendiri.


Kenapa perlu mengawal perasaan anda?


Undang – undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan anda meluahkan perasaan marah anda. Ingkari ketetapan berkenaan akan mengakibatkan anda melanggar undang – undang dan tersisih dari masyarakat. Apabila perasaan marah tidak diuruskan dengan sewajarnya, seseorang boleh mengalami luka secara fizikal dan emosi akibat tindak balas orang lain, sekiranya keadaan berlaku suasana perasaan marah yang tidak terkawal.




Apakah kesan marah kepada anda?


Selain sebagai keselamatan, marah juga boleh membahayakan diri anda sendiri. Marah akan mendorong anda bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri anda sendiri. Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali berkaitan dengan jalinan perhubungan. Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:


Bersifat negatif
Suka mengkritik
Bersifat mengejek/ Suka menyindir
Bersifat ganas


Bagaimanakah anda menerima kesan buruk akibat perasaan marah anda?


Kecederaan fizikal dan emosi yang anda lakukan terhadap orang lain akan menyebabkan anda terasa bersalah dan seterusnya menyakitkan hati anda sendiri, ataupun menyebabkan tindakbalas daripada orang lain (contoh: mereka mencederakan anda kembali). Perasaan marah yang berpanjangan boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit angin ahmar (strok). Gangguan psiko logikal boleh berlaku akibat perasaan marah yang terlalu kerap dan teruk.


Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?


3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:
Meluahkannya
Menahannya
Menenangkan diri


Bagaimana anda meluahkannya?


Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan. Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasai sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri anda sendiri dan orang lain.


Bagaimana anda menahannya?


Anda boleh menahannya dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan memalingkan pemerhatian anda terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina. Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan ialah ianya boleh menjejaskan diri anda sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan.


Bagaimana untuk menenangkan diri anda?


Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:
Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan
Kendurkan atau legakan otot-otot anda
Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina
Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda


Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada marah?


Kenali diri anda sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara – perkara yang dapat mengurangkan kemungkinan anda menjadi marah.
Dari buku catatan anda akan dapat mengetahui:


Cara yang paling berkesan untuk menangani kemarahan anda
Situasi bagaimana yang boleh menyebabkan anda berasa marah
Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah
Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya anda sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ianya benar- benar berlaku nanti
Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah dengan:
Memberi peluang untuk anda melepaskan tekanan dengan kerap
Membina daya ketahanan diri terhadap stres
Senaman / latihan kelegaan yang dilakukan dengan kerap boleh membantu mengurangkan cetusan kemarahan


Bagaimana menangani kemarahan orang lain?


Kenal pasti perasaan marah mereka.
Tenangkan diri anda.
Tinggalkan tempat tersebut jika anda rasakan keselamatan anda terancam.


Bagaimana mencegah orang lain menjadi marah?


Berwaspada terhadap hal – hal yang boleh menyebabkan orang lain marah
Elak lakukan perkara – perkara yang biasa membuat orang lain marah


Di manakah anda boleh mendapat pertolongan:


Ahli keluarga
Kawan
Guru
Kaunselor
Pakar Psikologi 
   




-JANGANLAH MARAH- 

Ada gurauan berbunyi "kalau kita suka marah nanti cepat tua"gurauan itu seringkali kita dengarkan bila kita tengah marah..?? 
anda pasti tak mahu tua so janganlah kita marah-marah...

No comments:

Post a Comment