Sunday, 7 October 2012


salam alls..ingat tak fara pernah citew yang fara dah kahwen?? haa..fara just bgta ja tp tak cter lagikan..hehe harinie fara nak kongsi gan korang tentang hubby fara nie..  fara sayang sgt kat dia n nak jd isteri yg solehah..m :)  

 

                                      video aku dan dia...

 

 


 Assalamualaikum wrt wbt,Alhamdulillah, sujud syukur aku lafazkan kepada Allah SWT, Pencipta Alam Semesta dan segala isinya.Tarikh 29/6/2012 merupakan tarikh keramat buat aku dan dia. Secara rasminya, kami bergelar suami isteri yang sah. Hubungan yang halal ini disaksikan keluarga terdekat di dalam rumah Allah. Tidak henti lidahku berzikir. Saat lafaz ijab dan kabul sah di telinga saksi dan para hadirin, secara sah jugalah diri ini menjadi hak dan tanggungjawab si dia.Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.Tangisan membasahi pipiku. Mengalir deras. Ya Allah, ketenangan hati terus dirasakan. Tenang setenang-tenangnya. Syukur.Mengimbas kembali perjalanan mujahadah mencari cinta Allah. Aku jadi teringat kisah kami.Perjalanan kisah kami tidak semudah yang dibayangkan. Selama 3tahun 2 bulan, perjalanan yang cukup panjang, banyak dugaan dan rintangan yang kami hadapi.  saban hari aku masih teringat sehingga hari ini..bukan nye aku pendam segalanya..namun ia tetap jd kenangan dan luka itulah kebahagian aku..   tapi untuk pengetahuan korang aku kenal my hubby nie pun sebab aku nak cari handfown cangih tapi murah  sebenarnya kami tak saling menyukai pun but kami selalu keluar sama selepas kakak aku yg comel uh bg num telifon untuk tanya pasal handfown..jd masa tuh lah hubungan kami bermula  mula2 perwatakan aku nie kasar tapi sape sangka..aku telah jatuh hati dan yakin dia jodoh aku..  walaupun 6 bulan pertama kmi couple terlalu seksa untuk sebgai seorang perempuan tapi aku harungi..  (banyak sgt pompuan yg ska kacau my hubby aku nie tp tak ensem pun)  aku tamau cter pjang coz skung my hubby dah jd suami aku..takot org kata aku buka pekung di dada pulakan..so  aku just nk kongsi detik2 perkenaln kami dan gambar2 msa perkahwinan kami..walaupun saat masa nikah aku hmpir dilanda dugaan sekli lagi dan perit  namun aku bersyukur seb Allah membuka pintu hati ku untuk mengharungi dengan tabh..    

 

 



 


  “YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah  Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan suamiku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.  Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan suamiku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.  Engkau berikanlah kami kekuatan untuk menjaga suamiku dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha,  Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan suamiku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada ku dan suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.  Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.  Engkau jadikanlah aku, suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.  Engkau anugerahkanlah padaku,/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.  Engkau peliharalah kami, suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin” “Ya Allah,Engkau berkatilah umur aku ,suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.  Engkau peliharalah aku,suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”Amin ya rabbal a'lamin. 

 




















































































1 comment:

  1. tahniah ... semoga perhubungan kekeluargaan itu akan kekal selamanya ...

    ReplyDelete