Tuesday, 23 August 2011

bila RAYA menjelang.....



RAYA NAK DEKAT......bulan ramadhan nak sampai ke penghujung. Semoga amalan yang kita buat sepanjang bulan Ramadhan akan diberkati oleh Allah ..amin. Selepas bulan Ramadhan menjelang la bulan Syawal yang amat berbahagia. Bulan yang penuh dengan kegembiraan , dan tak lupa juga pada arwah tok yang telah  tiada.Semoga rohnya disana  di cucuri rahmat. 



Bila menjelang raya ni, macam macam orang pikir, BAJU RAYA baru, KUEH RAYA , semua nak baru. Pendek kata semua nak berseri seri. aku  pun mcm tu jugak. hehehe... Alhamdullilah .   

 Bila duk cerita pasai raya je teringat  pulak nak jumpa sanak sedara.erm bila raya kat kampung memang meriah,yelah adik beradik,pakcik makcik n boleh dikatakan semua sanak sedara balik lah...jadi tak sabar je nak balik kampung kan.. 


 Kita duduk cerita pasai raya nie,erm tak lupa jugak lah bila raya jer gerenti ada je yang nak putus jari yeah duk tergedik sana sini main mercun..erm ape nak jadilah kan..tapi if main bunga api boleh kowt..sebab tak lah membahaya sangat,tapi bila duk dipikir balik lah kan dari adik-adik aku uh beli  bunga api,sedekah duet uh kat aku pun taphe...boleh jadi banyak..heeheeh...(aku jeles lah kot sebab tak dapat main bunga api bila dah besar panjang nie)

 Tak sabar-sabar nak makan ketupat daun palas dan ketupat nasi bersama-sama rendang ayam, sambal kacang dan sambal goreng.ehh boleh dikatakan semua bendalah nk mam...maklum lah pose sebulan..(teruknay aku nie kan)heee... ape-ape pun tak lama dah..
Tapi jangan lupa pada semua pemandu pemandu di luar sana, berhati hati la ketika memandu. Memang kita excited nak balik tapi berhati hati tao..Pada semua para blogger Malaysia, aku minta maap kalo ade silap salah. (Macam dah raya plak). heheh..nak ucap awal awal la katakan... 


sebelum nak akhiri tulisan aku ni..ni aku sedekahkan: pantun raya lah..hehhe
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman bloger pun dah kira grand lah ye..!


Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai bloger pun kira ok what?


Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang


Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri


Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia


Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan


Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah


Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin 
sampai disini jelah topik aku about raya nie..so if ada terkasar bahasa ke,ape-ape yang silap ke,semua uh datang dariaku...hope di maafkanlah ya..heee.... 
kpd semua yang rajin beraya uh aku nak jemputlah korang datang rumah aku: 
81jalan menteri pokok assam taiping...(nak best raya ke2 n 3 lah) 

ps:datang rumah aku jangan lupa bawa duit raya taw... 

                                                       -by nufara bae-

No comments:

Post a Comment