Buat apa nak teruskan sesuatu perhubungan jika perhubungan tu memang penuh dengan dusta, jika perhubungan tu penuh pura-pura, jika asyik makan hati je setiap masa. Untuk apa nak teruskan kan ?
Kadang-kadang, setegar mana pun kita mempertahankan sesuatu perhubungan tu, jika memang ianya bukan untuk kita, takdir telah menentukan kita tak akan bersama dia, maka sia-sia je kita buang masa fikir pasal dia, buang duit je banyak contact dia.
Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang. Again, I talked based on my experiences. Yup, I got a lot of experience. Memangla, bila kita sayang orang tu, kita jadi sayang gila kat orang tu. Of course lah kita akan sangatlah hurt bila dia lukakan hati kita. Lagi terluka, pedih, perit bila dia berlalu tinggalkan kita macam tu je.
Cinta tu boleh buat orang jadi bodoh. Cinta tu boleh buat orang berkorban segala-galanya. Cinta boleh buat seorang hamba Allah lupa pada penciptaNya, cinta boleh buat manusia hilang akal hilang arah tujuan. Ini semua berlaku bila seseorang itu letakkan seluruh hati perasaannya pada sesama manusia, bila manusia lupa bahawa perasaan yang terindah itu datang dari PenciptaNya sendiri.
Setiap masalah ada penyelesaiannya.Bukan untuk meleraikan ikatan silaturrahim sesama manusia, tapi sebagai penyelesaian masalah di antara dua pihak, demi kebahagiaan dan ketenangan kedua-dua pihak.Cakap la banyak mana pun, bincang banyak mana pun, kalau memang dah takde persefahaman, maka tiadalah. Tak guna menegakkan benang yang basah. Juga ibarat seperti mencantumkan serpihan-serpihan kaca yang pecah. Bukankah masih ada kesan-kesan retakan itu ?
aku mungkin bukan insan yang dia sayangi tapi aku menpunyai hati yang tulus dan amat mencintai..dia kata dia amat mencintai aku...tapi semua uh adakah hanya sekadar di bibir???bukan wang dan harta yang aku pinta yang aku mahu hanya secebis penghargaan...dan hargailah aku yang sayang dia..susah sangat kew...
(biarkan ia terhenti di situ)
No comments:
Post a Comment