Monday, 19 December 2011

Fasha Sandha & Jejai pilih 2012 Tamat Zaman Solo

Hubungan cinta antrara aktres cantik, Fasha Sandha dengan Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai bukan satu rahsia. Meskipun pasangan yang terkenal dengan status ‘on-off’ ini seringkali cuba menyembunyikan perhubungan mereka, namun ‘haruman cinta’ mereka pasti dapat dihidu sedari tanah Malaya hinggalah nun jauh ke Borneo, pendek kata 1 Malaysia tahu.

Terbaru, sekeping foto menunjukkan fasha mengenakan busana pengantin tersebar di beberapa laman gosip, dikongsi bersama ribuan pengguna laman sosial. Sudah tentu kalau ia melibatkan aktres jelita berbakat dan berkalung kontroversi ini, sekeping foto pasti sensasi, sekeping foto pasti cetus banyak spekulasi, yang antaranya menyatakan bahawa aktres kelahiran Pulau pinang ini bakal menamatkan zaman solo pada 12 februari 2012. Malah ada yang menebak, pelakon filem ‘Anak Halal’ ini akan mendirikan rumah tangga pada hari lahirnya, 28 Mac 2012.

Berkesempatan menemui Fasha baru-baru ini lewat sidang media filem ‘Penanggal’ di Restauran Al-Andalus Jumaat lalu, fasha yang datang lewat pada itu kerana baru selesai shooting menafikan khabar angin yang mengatakan dia akan berkahwin pada tarikh tersebut namun mengakui bakal menamatkan zaman solo tahun hadapan.

“Setahu saya, memang tidak akan berlangsung apa-apa majlis pada awal tahun hadapan baik pada Februari mahupun Mac. Kerana pada Februari saja, saya sibuk dengan penggambaran dengan drama ‘Seindah Sakura’ yang akan menjalani penggambaran di Paris,”

“Apa yang saya boleh katakan, saya memang akan menamatkan zaman solo tahun hadapan, namun saya tidak boleh mengumumkan tarikh sebenar hari tersebut. Saya berjanji, bila tiba masanya, saya akan mengumumkan juga berita baik ini kepada semua,” tutur bicara aktres berusia 27 tahun sambil menguntum senyuman.

Jelas Fasha lagi, dia bukan sengaja mahu menyembunyikan berita ini jauh sekali mencetus teka-teki sebaliknya, dia mahu mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak tahu bagaimana agaknya percaturan masa depan. Walaubagaimanapun, jauh di sudut hatinya mengharap, agar semua mendoakan kebahagiaan berpihak pada dirinya.

Berkongsi sedikit perancangan hari bahagianya kelak, ingin lari daripada temasya perkahwinan selebriti gah atas dasar tajaan, Fasha tanpa berselindung mengakui tidak mahu perkahwinannya ditaja oleh mana-mana pihak sebaliknya lebih senang menggunakan duit sendiri dan melangsungkan majlis penuh sederhana.

“Saya seboleh-bolehnya tidak mahu mengadakan majlis pertunangan sebaliknya mahu terus bernikah dan bersanding,” ujarnya lagi.

Bahkan Fasha juga dilihat seakan sudah bersiap sedia melayari alam rumah tangga apabila nekad mahu mengurangkan aktiviti seni selepas bergelar isterikerana mahu fokus pada rumahtangga dan keluarga.

“Saya akan mengurangkan sedikit aktiviti seni, beri tumpuan pada suami dan keluarga dan bercadang untuk memperkembangkan perniagaan salun saya,” ujar Fasha mengakhiri perbualan.

dipetik dr sumber :http://www.ohbulan.com/

ps:// walaupun aku tak suka dia but aku doa dia bahagia aku just tak suka tengaok dia berlakon jahat..


Perkahwinan: Fasha Sandha & Jejai Janji Akan Umumkan Tarikh Majlis Pernikahan?

Kisah percintaan aktres jelita Fasha Sandha dan Jejai bukan lagi rahsia. Malah baru-baru ini, gambar Fasha Sandha memakai gaun pengantin turut tersebar di laman sosial yang sekaligus mencetuskan khabar angin yang mengatakan Fasha Sandha bakal mengakhiri zaman solonya.

Ada yang menyatakan awal tahun depan bakal berlangsung majlis indah antara Fasha Sandha dan buah hatinya itu.

Fasha Sandha ditemui pada majlis pelancaran filem Penanggal, sambil tersenyum manis, Fasha Sandha, menafikan khabar angin tersebut namun mengakui bakal memberitahu kepada umum tarikh perkahwinannya apabila tiba waktu.


"Kalau awal tahun depan memang tidak akan berlaku apa-apa majlis seperti yang dikhabarkan kerana bulan Februari sahaja, saya sibuk dengan pengambaran drama Seindah Sakura dan akan berada di Paris. Apa yang boleh saya katakan kini apabila sampai masanya akan saya beritahu kepada umum berita baik itu dan tidak akan merahsiakannya.

"Bukan tidak mahu memberitahu pada masa ini, cuma kita tidak tahu apa akan jadi masa depan. Apabila hampir tiba masanya akan saya beritahu kepada semua. Jadi saya berharap doakanlah agar kebahagiaan berpihak kepada saya. Insyaallah akan tiba masanya," katanya membuka bicara mengenai perkahwinannya.

Fasha Sandha Sedia Bergelar Isteri

Mengakui telah pun bersedia bergelar isteri, kata pelakon berusia 27 tahun ini, perkahwinannya kelak, seboleh mungkin dia tidak mahu ditaja oleh mana-mana pihak seperti mana sesetengah artis sebelum ini.

Sebaliknya dia lebih selesa agar menggunakan keringat sendiri dan redha membiarkan majlis berkenaan diadakan dalam keadaan sederhana.


"Tidak perlulah ditaja dan sebagainya. Saya lebih selesa menggunakan duit sendiri dan majlis yang diadakan itu nanti biarlah sederhana,"jelasnya yang tidak mahu bertunang sebaliknya mahu terus bernikah dan bersanding.

Fasha Sandha Mahu Berhenti Berlakon?

Malah kata anak kelahiran Johor Bahru itu lagi, selepas mendirikan rumahtangga, dia bakal mengurangkan aktiviti seninya dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaannya.

"Saya akan mengurangkan aktiviti seni selepas berkahwin dan itu merupakan keputusan saya sendiri. Saya mahu menjaga rumahtangga dan keluarga saya. Di samping itu, saya akan memberikan tumpuan kepada perniagaan salun saya dan berharap akan dapat membuka cawangan di lokasi lain pula,"ucapnya. (Sumber: Portal Murai)

sedikit sebanyak tentang fasha...

No comments:

Post a Comment