Selepas operation yang membabitkan pembedahan yang agak serius atau besar dibahagian abdomen perut anda disarankan melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut menurut saranan doktor yang bertauliah.
Antaranya:
Hendaklah meniup sejenis permainan yang akan menggerakkan paru-paru dan jantung kita supaya berfungsi seperti sedia kala.
Hendaklah banyak bergerak dan berjalan walaupun sakit kita tetap harus berjalan dan bergerak supaya tidaklah abdomen badan menjadi malas. haha.
Jika baring, kemudian hendak bangun anda dinasihatkan sengetkan sedikit badan ke tepi kemudian barulah suruh sesiapa bangunkan anda.
Anda hendaklah membeli stoking yang akan melekat dikaki anda supaya kaki anda lebih cengkaman dan apabila berjalan tidak begitu susah.
Hendaklah makan semua ubat yang diberikan jika tidak sakit bakal menjengah anda kembali. MUNGKIN.
Itu sahaja buat masa ini. Dari segi pemakanan pula. Doktor beritahu kita boleh makan apa sahaja tetapi mengikut amalan nenek moyang kita jika operation banyak pantang larang dalam pemakanan supaya tidak BENTAN iaitu, sakit dalam luka yang dioperation. Lebih baik anda makan mengikut pantang.
Pemakanan mengikut pantang nenek moyang yang diamalkan oleh ibu,bapa sekarang:
Telur, ikan pari, ikan bawal hitam, ayam, daging, belacan, udang, sotong TIDAK boleh dimakan. Ikut kesesuaian anda.
Luka diluar tubuh anda itu seelok-eloknya tidak dikenakan air dahulu sehingga benar-benar kering kerana tempat itu boleh berair atau bernanah.
Jangan membuat aktiviti berat selama beberapa bulan. Tapi tak bermakna anda kena duduk sahaja ye.
Minum PATI IKAN HARUAN. Ia bagus untuk luka dalam cepat kering dan kecut. Amalkan pada setiap pagi, sehari sebotol. Jangan dua botol karang ada yg jadi ikan haruan. haha.
Jangan memakai pakaian ketat sehingga terkena pada tempat pembedahan anda itu.
Letakkan minyak gamat seperti RAMUAN RAHSIA. Pernah dengar tak anak muda? kalau tak pernah pergi carik. haha. Letakkan ditepi-tepi tempat operation anda. Jangan terkena pada tempat pembedahan ye. NO NO. haha.
Solat mengikut kesesuaian anda. Jangan lupa solat. (:
No comments:
Post a Comment