Monday, 15 August 2011

sahabat selamanya...

salam ukhuwah…..dlm arus moden skrng ni memang sukar utk mencari sahabat sejati….byk yg ada cuma mendorong kita kelembah kemaksiatan…. sedangkan kita memerlukan seorg sahabat tuk sama2 tolong-menolong, tegur-menegur n nasihat-menasihati…. tp yg kita ramai terjumpa adalah kawan yg mencari kesilapan n kelemahan kita jer…..bkn ikhlas terima kekurangan kita n cuba bantu kita dekatkan diri kepadaNYA…. bila kita ada mslh…kita akan ditinggalkan tp bila kita diperlukan, ramai pula yg dtg tanpa diminta…… adakah persahabatan sekadar untuk cari kepentingan saja????….. tepuk dada tanya la hati…..  




CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK


•Taat kepada perintah Alah
•Baik budi pekerti dan bersopan santun
•Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji)
•Berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya
•Tidak mendedahkan keburukan kawan
•Berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan
•Sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan


CARA BERADAB DENGAN KAWAN


>Sentiasa memberi salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah
>Menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati
>Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
>Jujur dan Ikhlas dalam persahabatan
>Sentiasa bersangka baik dengan kawan


KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK


•Mendorong melakukan perkara kebaikan
•Dapat mencontohi kebaikannya
•Dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar
•Mendidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah

Itu untuk kawan yang baik tapi macam mana pulak kawan yang????...


ini khas untuk kita :




Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Kawan baik
Bukannya senang mencari kawan yang baik
Bukan senang juga menjadi kawan yang baik


Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yg baiklah yg plg banyak membantu utk mencapai kejayaan


Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya utk buat pekara buruk atau sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya utk buat kebaikan


Kawan yang baik adalah org yang di cari bila susah atau senang
Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa


Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak akan melarang larang kawan baiknya utk berkawan baik dengan org lain


Kawan yang baik tak akan cemburu jika kawan baiknya ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya


Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan
Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan
Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk
Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..


Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

No comments:

Post a Comment